Tuesday, 4 December 2012

About Me





Hey Kamu..!!!

  Tahukah Kamu Bahawa Ini Adalah Kali Pertama Kamu Melawat Blog Ini.. Bookmark Sekarang Okey...hehe
gurau je.....

Earny
Add me;    

Facebook : https://www.facebook.com/earnyodey ( Earny Raymin)


Nama saya adalah Earny. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung, tak macam orang lain lahir kat hospital kn..hehhe. Saya masih belajar di kolej Cosmopoint International Collage of Technology selama tiga(3) tahun. Saya mempunyai seorang kakak dan empat(4) adik.Saya merupakan anak ke-2..hehhe


                                                                                                            
My family

Ranidah (kakak)



Nama kakak saya Ranidah. Kami sangat rapat antara satu sama lain, walaupun kami jarang sekali jumpa sebab ada hal masing-masing.












haha..
ni adik leleki pertama saya,nama dia Eazry panggil Jili je,.da habis sekolah,so sekarang kerja..hehhe..suka sangat dapat meluangkan masa dengan dia,.rasa sangat care dari dia..kadang-kadang rasa macam dia ni abang pula...hehhehe






Adik-adik saya yang masih menuntut pelajaran d sekolah menengah

                
                    Rayvidson@vidson
Learyson
Eallycha





mereka  ni susah sedikit, suka menonton tv, melepak dengan kawan-kawan,suka bermain game, bermain badminton dan main internet apa lagi dengan famousnya facebook. Malangnya, saya mengawal masa mereka untuk bermain internet  dengan kawan-kawan mereka, kerana saya tidak mahu mereka mengorbankan masa lapang mereka untuk itu. 









Pada masa ini, matlamat saya adalah untuk menamat pengajian di kolej dan saya berharap saya akan mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan yang akan membentuk perjalanan hidup saya.


Biodata Zalif Sidek


Biodata Zalif Sidek

Nama Penuh : Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek

Asal: Kuala Terengganu

Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Model
Filem: Papa I Love You,Hantu Dalam Botol Kicap,Bini-Biniku Gangster
Iklan: Digi, Panadol Soluble Actifast ,Astro First



Anugerah (Pencalonan)

  • 2011 Festival Filem Malaysia Ke 24 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • 2011 Festival Filem Malaysia Ke 24 - Pelakon Harapan Lelaki.

  


    Sebenarnya Zalif belakon agak baik,comel heheh...Sebelum ni saya tidak perna nampak beliau berlakon, Pertama kali saya nampak dia belakon dalam lakonan Bini-biniku Gangster agak kelakar juga..hehhe
watak yang dia bawa dalam filem tu membuatkan saya ketawa,tapi yang pasti pembawaan watak tu yang sangat penting.Dalam lakonan Papa" i Love you" pula beliau membawa watak yang agak sedih.. 

 Sebelum memilih kerjaya lakonan sepenuh masa, Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, terlebih dahulu menceburi lakonan iklan komersial sekitar 2007. Seterusnya, pada 2008 dia menyertai KRU Studios sebagai Eksekutif Promosi hingga Desember lalu. Sekalipun sudah berkerja di KRU Studios, Zalif masih mencuri masa dan ruang berlakon iklan. Antara iklan pernah dijayakannya seperti Panadol Soluble Actifast dan maskot DiGi dengan kostum kuning serta 'duta' Astro First. ".

  Emmm,.teman2 pasti tahu tak tentang gosip berteman rapat  antara Zalif dan Rafidah(Fida) kan..ky jom tengok nie,.

.http://www.murai.com.my/article/search_tag.asp?keyword=zalif+sidek






Saturday, 1 December 2012

Lisa Suriani



Emm, bercakap mengenai pelakon yang boleh dikatakan Popular Lisa Surihani,.sorry kak Lisa nak ulas sedikit tentang kak...hehe

Lisa Surihani

  Sekarang ni nama lisa surihani ni memang sangat popular di kalangan peminat industri tanah air kita. Walaupun digosip dengan yusry, aku tau hati dia hanya pada aku. ahaa. yang aku nak cite bukan pasal dia dengan lelaki lain, tetapi macam mana populariti lisa boleh cepat mencanak naik dengan begitu mendadak

Bagi yang belum tahu, lisa ni dulu pernah masuk iklan McD yang sangat lucu. 
ayam oh ayam - sangat comel ok!

Tapi dulu tak popular dan takde orang tahu pun. Tahun lepas boleh dikatakan adalah zaman kegemilangan dia. Sebenarnya tahun lepas baru aku tahu kewujudan dia. hehe. Sejak drama Adamaya yang mencetus fenomenanya tersendiri, lepas tu Lagenda Budak Setan, nama lisa memang mencanak-canak naik.

Pelakon popular Lisa Surihani mengakui dia sukar berlakon dan menghayati watak yang memerlukannya melakonkan emosi berat di hadapan suami, Yusry Abdul Halim dan belum bersedia berlakon di hadapan suaminya.

“Bukan tidak boleh langsung bekerjasama dengan dia, tetapi Lisa mengakui hati Lisa akan serta merta lembut apabila melihat wajah dia dan mungkin sukar untuk membawakan watak tertentu, apatah lagi kalau ianya arahan suami sendiri,” akui Lisa Surihani ketika ditanya apakah dia mengelak berlakon dibawah arahan suaminya, Yusry Abdul Halim.

Tambah Lisa lagi, dia masih kurang pasti sama ada dia mampu atau tidak bekerja di bawah arahan Yusry pada masa akan datang.

Malah menurutnya, sebelum berkahwin, agak sukar baginya untuk berlakon dan bergandingan bersama. Apalagi kalau babak itu melibatkan adegan bertentang mata seperti sewaktu menjalani penggambaran filem ‘Ular’.

“Pernah ketika saya menjalani penggambaran filem ‘Dendam Orang Mati’ dan memerlukan saya membawa adegan emosi sangat marah, saya sama sekali tidak membenarkan Yusry datang ke set. Saya terpaksa larang dia dari datang set kerana selalunya kalau menjalani penggambaran dia akan datang menemani saya.

“Bukan apa saya takut tidak dapat membawa watak amuk tersebut. Bayangkanlah setiap kali terpandang wajah suami, hati terus cair inikan lagi kalau berlakon di bawah arahannya,” ujar pelakon filem ‘Ombak Rindu’ ini lagi.

 Lisa turut memberitahu bahawa meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari lalu dan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun sebagai pasangan suami isteri, mereka tetap cuba meluangkan masa bersama.

“Ia satu proses yang agak seronok. Kami saling memahami walau sesibuk manapun. Mungkin juga bekerja dalam industri yang sama sedikit sebanyak membantu hubungan kami.

“Ketika saya menjalani penggambaran filem ‘Dendam Orang Mati’ yang baru selesai penggambarannya, Yusry ada datang ke lokasi dan buat kerja, hal sendiri. Sambil menemani saya, dia akan curi masa buat kerjanya yang sedang sibuk dengan post-production filem ‘Vikingdom’ dan juga ’29 Februari’, jelas Lisa lagi.

Dalam perkembangan lain, Lisa yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri “Dimanakah Juwita” untuk Astro Ria, bakal muncul dengan dua buah filem pada tahun ini iaitu “SAM” (Saya Amat Mencintaimu) dan Istanbul “Aku Datang”...

Data diri Mia Sara Nasuha


Biodata Mia Sara Nasuha

 Mia Sara Nasuha – Siapalah tak kenal dengan pelakon dan model kanak-kanak yang comel ni kan. Namanya Mia Sara Nasuha atau lebih dikenali dengan mana panggilannya Mia Sara. Mari kita lihat Biodata Penuh Mia Sara Nasuha dan gambar-gambar comel Mia Sara.

Mia Sara Nasuha yang comel
Nama Penuh: Mia Sara Nasuha Bt Muhammad Ridhuan
Tarikh Lahir: 30 September 2005
Umur: 7 Tahun (2012)
Karier: Pelakon dan Model Kanak-kanak
Tempat Tinggal: Kota Damansara
Asal: Kuala Lumpur
Penampilan Pertama di Televisyen: 2008

§  Bank Islam
§  Celcom
§  Sustagen
§  Nokia
§  Astro Beyond
§  TM
§  Softland

§  Adamaya sebagai Amani (Lakonan bersama Sein & Lisa Surihani)
§  Epilog Syurga Cinta sebagai Mia (Lakonan bersama Zizan Nin & Fida Ibrahim)
§  Tiramisu sebagai Ayesha (Lakonan bersama Pierre Andre & Sharifah Amani)
§  Zoo The Series sebagai Shasha (Lakonan bersama Lisa Surihani, Bob Lokman & Cat Farish)
§  Telemovie Bidan Kampung
§  Cuak Astro Ceria

§  Nur Kasih The Movie
§  Sekali Lagi
§  Papa I Love You

ayah dan ibu Mia sara



 suka tengok Mia Sara
comel. 

Overview Papa"I Love you"

Hi peminat drama dan filem melayu sekalian,

  Malam ni, saya nak cerita sikit pasal Industri Hiburan tanah air. Wah-wah, hari tu dah siap buat pasal korea dan jepun, kali ni nak jugak cerita pasal industri kita. Walaupun takde isu yang menarik nak kupas, tapi saya rasa konspirasi Lisa Surihani dan Zalif Sidek ni mesti ramai nak tahu kan. Ohh, ini bukan blog gosip, dan entry ni pun akan ulas dari perspektif saya yang menonton dan mengikuti. heh, cover baik punya!

emmm, malam ni saya nak ulas sedikit tentang filem Papa"I Love you"


Sedikit sedutan mengenai Papa"I Love you"

Sinopsis Filem Papa I Love You


    Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.


   Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.


   Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.


   Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.

 

Antara pelakon :
 Zalif Sidek (Bahar)
https://www.facebook.com/zalifsidek.fanpage?ref=ts&fref=ts

Lisa Surihani (Elly)
https://www.facebook.com/pages/Lisa-suriani/342489532429408?ref=ts&fref=ts

Mia Nasuha (Mia)
https://www.facebook.com/pages/Mia-sara-nasuha-cute/150904031611896?ref=ts&fref=ts

Zaidi Omar (Datuk Kudin)


Butiran Filem Papa I Love You




FILEM: Papa I Love You
TERBITAN: MIG Production Sdn Bhd
PENERBIT: David Teo
PENGARAH: Hashim Rejab
PENOLONG PENGARAH 1: Fauziah Muhammad
PENOLONG PENGARAH 2: Fairoz Admi
PENGARAH FOTOGRAFI: Mohd Shahreel Abu Bakar
PENGARAH SENI: Hanizar Ithnin
THE MAKING OF: Mokd Ikhram Izzazuddin Zainuddin
STILL PHOTO: Mohd Suhairi Mat Johor
KOORDINATOR PRODUKSI: Azahari Abdul Hamid
KOORDINATOR: Veronica Khoo
PENOLONG KOORDINATOR: Norsyariman Zainal Abidin
SOLEKAN: Azman Shafie
GRIP: Zainal Md Nayan
PELAKON: Lisa Surihani (Elly), Zalif Sidek (Bahar), Mia Nasuha (Mia), Zaidi Omar (Datuk Kudin)