Hi peminat
drama dan filem melayu sekalian,
Malam ni, saya nak cerita sikit pasal Industri Hiburan
tanah air. Wah-wah, hari tu dah siap buat pasal korea dan jepun, kali ni nak
jugak cerita pasal industri kita. Walaupun takde isu yang menarik nak kupas,
tapi saya rasa konspirasi Lisa Surihani dan Zalif Sidek ni mesti ramai nak tahu
kan. Ohh, ini bukan blog gosip, dan entry ni pun akan ulas dari perspektif saya yang menonton dan mengikuti. heh, cover baik punya!
emmm, malam ni saya nak ulas sedikit tentang filem Papa"I Love you"
Sedikit sedutan mengenai Papa"I Love you"
Sinopsis Filem Papa I Love You
Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.
Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.
Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.
Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.
Antara pelakon :
![]() |
Zalif Sidek (Bahar) https://www.facebook.com/zalifsidek.fanpage?ref=ts&fref=ts |
![]() |
Lisa Surihani (Elly) https://www.facebook.com/pages/Lisa-suriani/342489532429408?ref=ts&fref=ts |
![]() |
Mia Nasuha (Mia) https://www.facebook.com/pages/Mia-sara-nasuha-cute/150904031611896?ref=ts&fref=ts |
![]() |
Zaidi Omar (Datuk Kudin) |
Butiran Filem Papa I Love You
FILEM: Papa I Love You
TERBITAN: MIG Production Sdn Bhd
PENERBIT: David Teo
PENGARAH: Hashim Rejab
PENOLONG PENGARAH 1: Fauziah Muhammad
PENOLONG PENGARAH 2: Fairoz Admi
PENGARAH FOTOGRAFI: Mohd Shahreel Abu Bakar
PENGARAH SENI: Hanizar Ithnin
THE MAKING OF: Mokd Ikhram Izzazuddin Zainuddin
STILL PHOTO: Mohd Suhairi Mat Johor
KOORDINATOR PRODUKSI: Azahari Abdul Hamid
KOORDINATOR: Veronica Khoo
PENOLONG KOORDINATOR: Norsyariman Zainal Abidin
SOLEKAN: Azman Shafie
GRIP: Zainal Md Nayan
PELAKON: Lisa Surihani (Elly), Zalif Sidek (Bahar), Mia Nasuha (Mia), Zaidi Omar (Datuk Kudin)
No comments:
Post a Comment